Wednesday, March 14, 2012

Bilal Smart Kid [Pendidikan Pra Sekolah]

Bilal Tahfiz School akan mengorak langkah pada tahun hadapan [2013] dengan membuka Bilal Smart Kid [Kelas Pra Sekolah] untuk anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun.

Bilal Smart Kid akan menggabungkan mata pelajaran Agama Islam dan Akedemik selaras dengan pendidikan pra kebangsaan dan insyaALlah akan menekankan mata pelajaran bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Harapan kami, semoga Tuan/Puan dapat memberi sokongan bagi meneruskan cita-cita kita untuk mendidik anak –anak kita supaya menjadi insan kamil di dunia dan di akhirat.


Tujuan Penubuhan Bilal Smart Kid [Pendidikan Pra Sekolah].


Pendidikan asas atau awal amat perlu kepada semua anak-anak dan ia merupakan tonggak kepada pembangunan masyarakat pada masa kini dan akan datang. Justeru itu kewajipan kepada kita untuk mengadakan persiapan kepada anak-anak dalam mendidik mereka untuk menjadikan mereka anak-anak yang soleh/solehah.

“Tuhanku telah mendidik aku dengan sebaik-baik pendidikan”[al-Hadis]

Sejajar dengan cabaran-cabaran masakini dan masa akan datang yang dihadapi oleh umat Islam, institusi pendidikan islam dari asas untuk anak-anak perlu diujudkan bagi menlahirkan anak-anak yang mempunyai ketahanan iman yang mantap.

Menyedari hakikat tersebut, maka kami merasakan perlunya diadakan satu pusat pendidikan bersepadu yang menggabungkan Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Islam kepada anak-anak setempat yang berumur 5 dan 6 tahun.


Mata Pelajaran.

Kurikulum yang akan diajar kepada anak-anak ialah Pengajian al-Qur’an [Iqra’],Bahasa Arab, Tulisan Jawi dan Pendidikan Islam[Fiqh,Aqidah,Sirah,Akhlak]. Manakala pelajaran akedemik pula ialah Matematik, Sains , Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Asas Teknologi Maklumat dan Pendidikan Seni.

Masa pengajian ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari, bermula dari hari ahad hingga hari khamis.

Bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM.100.00 sahaja.

Harapan kita mudah-mudahan dengan wujudnya Bilal Smart Kid ini akan lahirnya pelajar berakhlak mahmudah, berilmu, beramal, berdaya saing, berketerampilan dan berjiwa juang bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Matlamat ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati ALlahdan mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana di hari itu, hati dan penglihatan manusia menjadi goncang……….” [an-Nuur:37]

Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukkan tahun 2013. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ust.Amir ditalian 013 7338966 atau datang sendiri ke pejabat Bilal Tahfiz School.