Wednesday, November 9, 2011

Pengenalan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud “ Yang terbaik antara kamu adalah dia yang belajar al-Qur’an atau mengajar al-Qur’an”.

Segala puji bagi ALlah tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana atas limpah kurnianya dapat lagi kita sebagai hambaNya mengecapi ribuan niqmat dari Allah terutamanya niqmat Iman dan Islam.

Kelas hafazan al-Qur’an ini adalah dikhaskan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian akedemik disekolah-sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan bagi mengeluarkan pelajar akedemik yang boleh mengingati al-Qur’an.

Sessi hafazan akan dibahagikan kepada tiga sessi seperti berikut:

Pagi : 8.00 – 11.00 [dimulai dengan solat dhuha]
Petang : 2.00 – 5.00 [diakhiri dengan solat asar berjamaah]
Malam : 8.30 – 10.00 [Terbuka kepada orang dewasa].

Pakaian:
Lelaki : Seluar panjang bewarna hitam. Baju Raihan bewarna putih. Kopiah putih.
Perempuan : Jubah dan tudung labuh bewarna hitam.

Yuran Pengajian:
Pendaftaran RM100 Bulanan RM100

Sessi hafazan akan dimulai dengan menghafaz ayat-ayat lazim [juz ‘amma]. Setiap pagi kelas akan dimulai dengan solat dhuha berjemaah manakala sessi petang pula akan disudahi dengan solat asar berjemaah. Bagi pengajian hafazan ditahun pertama ini penekanan dengan menghafaz juz ‘amma .

Pengajian fardhu ‘ain yang merangkumi pengajian Feqah, Tauhid dan Akhlaq akan diadakan pada hari khamis setiap minggu.

bilal Tahfiz School and Islamic Studies juga menawarkan kelas bimbingan hafazan dan bacaan al-Qur’an bagi pelajar-pelajar yang tidak mampu membaca Muqaddam dan al-Qur’an. Disamping itu program Motivasi Pelajar Cemerlang dan Kem Smart Solat juga akan diadakan pada musim-musim cuti persekolahan.


Lokasi bilal Tahfiz School and Islamic Studies terletak di No. 12A & 12B Jalan Nilam Sari, Taman Nilam Sari, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Buat permulaannya, kelas Hafazan al-Qur’an ini akan mengambil sebanyak 20 orang pelajar sahaja bagi mengimbangi keberkesanan untuk para pelajar .

Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila hubungi : Ust.Amir 013 7338966 atau Tuan Haji Khusairi Wahijan 019 283200

TUJUAN KELAS HAFAZAN AL-QUR’AN DIADAKAN.

“Sesungguhnya Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia pada tempat yang terpelihara [ Lauhul Mahfuz ] tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan”.
[ al-Waqi’ah {56}:19-24]


Melihat kegawatan yang berlaku dan yang melanda anak-anak remaja kita dewasa ini, bilal Tahfiz School and Islamic Studies rasa terpanggil untuk mengadakan Kelas Hafazan al-Qur’an bagi menanam rasa minat dan cintakan al-Qur’an, sekaligus membiasakan anak-anak menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengamalkannya.

Tidak salah rasanya dari awal-awal lagi kita memberi pendedahan menghafaz ayat-ayat al-Qur’an pada anak-anak memandangkan dewasa ini kita melihat ramai dikalangan anak-anak remaja kita yang buta al-Qur’an, apatah lagi untuk mengingatinya.

Menanam minat untuk membaca dan menghafaz al-Qur’an amat perlu kepada semua anak-anak dan ia merupakan satu kewajipan kepada semua ibu-bapa muslim bagi melahirkan generasi yang celik al-Quran.

Melahirkan anak-anak yang minda dan ruhnya berpandukan pada al-Qur’an adalah merupakan tonggak utama bagi pembagunan masyarakat muslim yang taat pada perintah Allah dan Rasul, gilang dan gemilang mengikut syariat Allah.

Sejajar dengan cabaran-cabaran masakini dan masa yang akan datang, institusi pendidikan Islam yang berasaskan al-Qur’an amatlah perlu diwujudkan bagi melahirkan anak-anak yang mempunyai ketahanan Iman dan aqidah yang kuat dan mantap bagi menangkis berbagai gejala yang tidak sihat masakini. Tambahan pula dengan adanya dunia tanpa sempadan.

Menyedari hakikat tersebut, maka perlunya diadakan kelas hafazan [Tahfiz], membaca dan memehami al-Qur’an kepada anak-anak yang berumur 9 hingga 12 tahun, dan kepada pelajar peringkat menengah serta golongan dewasa yang berminat. Sasaran pada tahun pertama kelas hafazan supaya pelajar dapat menghafaz juz' 'Amma.

Harapan kita, mudah-mudahan dengan wujudnya Kelas Hafazan [Tahfiz] al-Qur’an ini, akan lahirnya remaja Muslim yang berakhlaq mahmudah, berketerampilan, ber‘amal dengan al-Qur’an dan berjiwa juang bagi menghadapi cabaran – cabarang yang mendatang, disamping mempunyai kecemerlangan akedemik. Dan boleh berkomunikasa dan berinteraksi dengan masyarakat dengan berhemah dan beradap, seterusnya membawa dan membimbing masyarakat kejalan yang diredhai Allah.
“Dan apabila dibacakan Qur’an, maka dengarlah dan perhatikanlah …….”
[al-A’raf {7}:204]






Kelas Hafazan al-Qur’an ini terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang sedang mengikuti persekolahan di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan juga kepada golongan dewasa.

Syarat Kemasukan;

1)Boleh membaca Muqaddam atau al-Qur’an.
2)Baik akhlak.
3)Berminat untuk menghafal al-Qur’an.

[Kelas Iqra’ untuk kanak-kanak dan dewasa juga dibuka]

Sessi Pengajian.
[ AHAD -KHAMIS]

8.00 pagi – 11.00 pagi [ bagi pelajar sessi petang sekolah kebangsaan ]
3.00 ptg - 5.30 ptg [ bagi pelajar sessi pagi sekolah kebangsaan ]
8.30 mlm - 10.00 mlm
(Kelas fardhu ‘ain [Feqah, Tauhid dan Akhlaq] pada setiap Khamis)

Pakaian.

Pelajar Lelaki.
Baju Raihan (putih).
Seluar panjang (hitam).
Kopiah putih.

Pelajar Perempuan.
Jubah serta tudung hitam.

Yuran.
Pendaftaran RM100.00 Bulanan RM100.00

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI: UST.AMIR DITALIAN : 013-7338966 @ TUAN HAJI KHUSAIRI 019 2832000

Pendaftaran dibuka sekarang

Kemasukkan sessi pengajian pada tahun hadapan [2012] bermula pada bulan Januari [2012] insyaALlah.

Pendaftaran boleh dibuat sekarang dengan menghubungi /menghantar sms kepada ust. amir 013 7338966 atau Tuan Haji Khusairi 019 2832000.