Tuesday, November 27, 2012

Bilal Smart Kids

Bilal Smart Kids masih membuka Pendaftaran untuk sessi pengajian 2013. Beroperasi di bangunan kedai, dilengkapi dengan cctv, penghawa dingin, kerusi dan meja yang selesa untuk anak-anak, makanan dan minuman disediakan pada waktu rehat.

Masa pengajian yang fleksibal bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Sessi pengajian dimulai denga solat dhuha berjamaah dan bacaan Iqra'.

Penekanan dalam mata pelajaran English dan Bahasa Arab serta hafazan Juz Amma juga hafazan hadis-hadis pilihan dan doa'-doa' harian.

Bilal Smart Kids berada di pinggir bandar Sungai Petani, lokasinya diantara Bandar laguna Merbok ke Giant. Diantara Taman Delima dan Taman Nilam. Senang dicari serta mudah nampak.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966 atau Tuan Haji Khusairi         019 2392000.

Bilal Smart Kid


Mata Pelajaran untuk Bilal Smart Kids:

English                 Science
Arabic                 Mathematics
Bahasa Melayu    Seni
Pendidikan Islam [Tauhid - Fiqah - Akhlaq - Sirah - Tulisan Jawi]
Hafazan [Juz Amma - Hadis Pilihan - Doa' Harian]

Ruang pembelajaran yang luas dan selesa, berhawa dingin, mempunyai kerusi dan meja yang sesuai dan selesa dan padang permainan untuk permainan luar bilik darjah beserta cctv.
Insya ALlah penekanan akan diberikan terhadap Bahasa Arab dan English.
Makanan dan minuman akan disediakan pada waktu rehat.
Tenaga pengajar [Muslimah] yang istiqamah dengan syariat Islam.

Bilal Smart Kids

Prasarana untuk memulakan sessi persekolahan bagi tahun 2013 sudah siap sepenuhnya untuk beroperasi.
Pendaftaran masih dibuka kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4-5 dan 6 tahun.
Yuran pendaftara RM 110.00.
Yuran Bulanan RM 100.00
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Ust.Amir 013 7338966 atau Tuan Hj.Khusairi 0192832000 atau datang terus ke pejabat Bilal Smart Kids bersebelahan dengan Bilah Tahfiz School, Bangunan Perniagaan Nilam Sari, Taman Nilam Sari, 08000 Sungai Petani.

Friday, April 20, 2012

Bilal Smart Kids


Inilah bangunan yang akan beroperasi sebagai Bilal Smart Kids yang terletak disebelah Bilal Tahfiz School.
InsyaALlah marilah kita berdoa' pada ALlah semoga Bilal Smart Kids dapat beroperasi pada tahun hadapan [2013].

Wednesday, March 14, 2012

Bilal Smart Kid [Pendidikan Pra Sekolah]

Bilal Tahfiz School akan mengorak langkah pada tahun hadapan [2013] dengan membuka Bilal Smart Kid [Kelas Pra Sekolah] untuk anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun.

Bilal Smart Kid akan menggabungkan mata pelajaran Agama Islam dan Akedemik selaras dengan pendidikan pra kebangsaan dan insyaALlah akan menekankan mata pelajaran bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Harapan kami, semoga Tuan/Puan dapat memberi sokongan bagi meneruskan cita-cita kita untuk mendidik anak –anak kita supaya menjadi insan kamil di dunia dan di akhirat.


Tujuan Penubuhan Bilal Smart Kid [Pendidikan Pra Sekolah].


Pendidikan asas atau awal amat perlu kepada semua anak-anak dan ia merupakan tonggak kepada pembangunan masyarakat pada masa kini dan akan datang. Justeru itu kewajipan kepada kita untuk mengadakan persiapan kepada anak-anak dalam mendidik mereka untuk menjadikan mereka anak-anak yang soleh/solehah.

“Tuhanku telah mendidik aku dengan sebaik-baik pendidikan”[al-Hadis]

Sejajar dengan cabaran-cabaran masakini dan masa akan datang yang dihadapi oleh umat Islam, institusi pendidikan islam dari asas untuk anak-anak perlu diujudkan bagi menlahirkan anak-anak yang mempunyai ketahanan iman yang mantap.

Menyedari hakikat tersebut, maka kami merasakan perlunya diadakan satu pusat pendidikan bersepadu yang menggabungkan Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Islam kepada anak-anak setempat yang berumur 5 dan 6 tahun.


Mata Pelajaran.

Kurikulum yang akan diajar kepada anak-anak ialah Pengajian al-Qur’an [Iqra’],Bahasa Arab, Tulisan Jawi dan Pendidikan Islam[Fiqh,Aqidah,Sirah,Akhlak]. Manakala pelajaran akedemik pula ialah Matematik, Sains , Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Asas Teknologi Maklumat dan Pendidikan Seni.

Masa pengajian ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari, bermula dari hari ahad hingga hari khamis.

Bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM.100.00 sahaja.

Harapan kita mudah-mudahan dengan wujudnya Bilal Smart Kid ini akan lahirnya pelajar berakhlak mahmudah, berilmu, beramal, berdaya saing, berketerampilan dan berjiwa juang bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Matlamat ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati ALlahdan mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana di hari itu, hati dan penglihatan manusia menjadi goncang……….” [an-Nuur:37]

Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukkan tahun 2013. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ust.Amir ditalian 013 7338966 atau datang sendiri ke pejabat Bilal Tahfiz School.

Monday, February 13, 2012

Keselesaan dan keselamatan

Untuk keselesaan dan keselamatan, pihak pengurusan Bilal Tahfiz School telah memasang beberapa buah penyejuk udara beserta kipas syiling, manakala untuk keselamatan pula, CC TV telah dipasang di setiap penjuru di luar bangunan sekolah. Supaya tahap keselamatan para pelajar lebih terjamin memandangkan kanak_kanak dewasa ini terdedah dengan berbagai kes.

Dengan ini, kita berharap semoga keselesaan dan keselamatan yang disediakan akan memberi in put yang baik sokongan dan dokongan dari pihak ibu bapa. Semoga ALlah meredhai segala usaha baik kita dan akan dikira olehNya di akhirat nanti.

pelajar sesi malam

Pelajar sesi pagi

Thursday, January 26, 2012

Kelas Pengajian Sudah Bermula

Untuk pengetahuan semua, kelas pengajian Iqra' telah bermula pada 1 januari 2012. Kepada tuan/puan yang berminat untuk mengikutinya atau ingin menghantar anak-anak adalah dipersilakan.

Kelas pengajian diadakan sebanyak 3 sessialah bermula pada waktu pagi pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi, petang bermula pada jam 2.30 hingga 5.00 petang dan malam bermula pada jam 8.30 hingga 9.30 malam.[sekiranya ada pelajar yg ramai kelas akan berakhir pada jam 10.00 malam].